Selasa, 23 November 2010

PAHANG: TAMAN NEGARA

Salam 1 Malaysia....


Cerita ini dah basi tapi aku belum sempat tulis. Walau bagaimanapun, aku nak tulis juga. jom layanzzz....

Sehari sebelum aku berangkat ke Pahang sebulan yang lalu, internet sudah tidak boleh digunakan. Sedihnya......

Selepas majlis kenduri kahwin di Jerantut selesai, aku dah keluargaku bertolak ke Kuala Tahan dan menginap di situ semalaman. Sewa rumah penginapan serendah RM100 semalaman. Untungnya pergi 3 family, boleh kongsi duit dan sebuah rumah. Esoknya baru kami memasuki Taman Negara.

Sejarah Taman Negara Pahang.
Ditubuhkan pada tahun 1938/39 sebagai Taman Negara King George V. Kawasan Taman Negara meliputi 3 negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu berkeluasan 4343 km persegi. Taman ini dikatakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dengan ekosistemnya yang tidak terjejak sejak 130 juta tahun yang lalu.

Destinasi utama, perlu menyeberangi sungai Kuala Tahan ke seberang dan mengambil permit untuk setiap kepala. Satu kepala RM1 termasuk kanak-kanak. RM5 untuk permit kamera.




Kaunter Pertanyaan dan Permit sambil beramah mesra dengan staf Taman Negara.

Kami menyewa satu bot untuk mengelilingi persisiran dan memasuki Taman Negara. Satu bot boleh dan cukup untuk memuatkan kami seramai 10 orang.



Hentian pertama adalah hentian kanopi. Pada tahun 1992, perhilitan telah memulakan pembinaan struktur yang dinamakan "Titian Kanopi" iaitu sebuah jambatan gantung yang diperbuat daripada papan, kayu, aluminium dan ikatan tali sepanjang 530 meter dan merupakan titian kanopi terpanjang di dunia.



Align Center


Dah 2 kali berhenti penat sebelum sampai titian kanopi. Baby 24 bulan pun ikut naik sama.



Selepas turun dari titian kanopi, kami meneruskan perjalanan (naik bot la) merentasi jeram. Takut juga merentasi jeram ni, takut bot terbalik tapi seronok juga. First time masuk jeram. Habis basah penumpang di depan termasuk aku sebab aku duduk tempat ke 2 dari depan. Perjalanan diteruskan ke perkampungan orang asli (suku kaum Batek).


Beli sumpit sebagai kenangan. Harganya antara RM15 hingga RM30.

Menurut orang asli tersebut, sumpit yang diletakkan getah nipah (kalau tak silap aku) dan terkena manusia atau binatang, kurang dari 2 minit akan menemui ajal. Tak sempat nak sembelih binatang atau bawa manusia ke hospital.


Mat dan Minah Saleh sedang mendengar penerangan dari pemandu pelancong.

Perjalanan diteruskan ke Air Terjun berdekatan untuk bersiram.


Seharian di Taman Negara Pahang, kami meneruskan perjalanan ke Batu Cave Selangor seterusnya ke Perak. InsyaAllah, jumpa lagi di destinasi akan datang.

Jumaat, 12 November 2010

Permulaan...

Assalamualaikum..

Ini merupakan blog percubaan bagi memperkenalkan tempat-tempat dan perkara-perkara yang menarik di Malaysia. Jika ada apa-apa sebarang cadangan atau komen anda...sila hubungi di [sini].
InsyaAllah, blog ini akan menyediakan pelbagai gambaran cerita dan tempat-tempat menarik di Malaysia. Harap anda semua menyukainya.






darikacata